
Terms & Conditions
Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan terma dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah. Terma ini bertujuan untuk melindungi hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak – pelanggan dan Aifa Special Moment.
1. Tempahan & Bayaran
Tempahan hanya dianggap sah selepas bayaran deposit diterima.
Deposit tidak akan dikembalikan jika pembatalan dibuat oleh pelanggan.
Baki bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh majlis.
2. Perubahan Tarikh
Sebarang perubahan tarikh hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 15 hari lebih awal.
Perubahan tertakluk kepada ketersediaan pasukan kami pada tarikh baru.
Sekiranya tarikh baru tidak sesuai, deposit tidak akan dikembalikan.
3. Hak Cipta & Penggunaan Gambar
Semua gambar dan video yang diambil adalah hak milik Aifa Special Moment.
Gambar/video tidak dibenarkan digunakan oleh mana-mana syarikat atau penyedia perkhidmatan lain untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis.
Kami berhak menggunakan gambar/video untuk tujuan portfolio, media sosial, promosi atau pameran, melainkan pelanggan memohon secara rasmi untuk tidak dipaparkan.
4. Penyampaian Produk
Gambar akhir akan disiapkan dalam tempoh 7 hari selepas acara, kecuali dinyatakan sebaliknya.
Penyampaian dalam bentuk softcopy (Google Drive / USB) dan album fizikal akan mengambil masa maksimum 3 bulan, bergantung pada pakej yang dipilih.
5. Penyimpanan Data
Gambar melalui pautan (link) akan disimpan selama 6 bulan sahaja dari tarikh penghantaran. Selepas tempoh tersebut, data mungkin akan dipadam secara automatik.
6. Kehilangan Data & Kerosakan
Sekiranya berlaku kehilangan data akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, pampasan maksimum yang boleh dituntut ialah jumlah bayaran yang telah dibuat.
Jika berlaku kerosakan terhadap peralatan fotografi atau videografi disebabkan oleh kecuaian pelanggan atau pihak penganjur, pampasan atau ganti rugi perlu dibayar berdasarkan nilai semasa kerosakan tersebut.
7. Tanggungjawab Pelanggan
Pelanggan bertanggungjawab memastikan atur cara majlis berjalan mengikut jadual agar sesi penggambaran tidak terganggu.
Sebarang kelewatan yang berlaku tanpa notis awal boleh menjejaskan jumlah hasil akhir.
8. Privasi
Maklumat peribadi pelanggan akan dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan tempahan dan komunikasi berkaitan.
Terima kasih kerana mempercayai Aifa Special Moment sebagai perakam momen istimewa anda